Monday 31 December 2012

Pengkidkah Aku??

Jasadku wanita,tapi wajahku tidak aku solekkan.
Bagiku,solekan itu remeh dan merimaskan.
Jasadku wanita,tapi tubuhku jarang mengenakan baju kurung.
Bagiku,baju kurung itu akan rosak kerana aku yang lasak.
Jasadku wanita,tapi kakiku kaku memijak kasut bertumit tinggi.
Bagiku,kasut tumit tinggi itu tidak stabil dan bahaya.

Aku lebih selesa jika wajahku hanya dicuci bersih dengan air.
Aku lebih yakin jika tubuhku hanya menyarung t-shirt dan jeans.
Aku lebih bebas jika kakiku hanya memijak selipar biasa.

Jasadku juga bukan lelaki,
Tapi aku kemas berambut pendek.
Jasadku juga bukan lelaki,
Tapi aku memang berperwatakan kasar.
Jasadku juga bukan lelaki,
Tapi naluri hatiku tertarik mencintai wanita.

Perwatakan ini tidak dibuat-buat.
Ianya sejak dari kecil lagi.
Naluri ini juga tidak diada-adakan.
Ianya memang dari azali.
Yang aku sendiri tidak pernah sedari.