Monday 25 February 2013

Papa + Mama = Anakku :)

Sayang..
Aku tahu kau mahukan anak.
Aku juga mahukan dia.
Malah,jika boleh,aku mahu.
Aku mahu zuriat ku sendiri.
Yg dikandungkan di dalam rahimmu.

Ya,sayang..
Kita akan mengambilnya.
Mengambilnya menjadi anak kita.
Dia akan panggil kau mama.
Dia akan panggil ku papa.
Biar lengkap keluarga ini.
Biar aku dgn tanggungjawab papa.
Biar kau dgn tanggungjawab mama.

Tapi..
Apa mungkin ada masalah nanti?
Apa mungkin masalah itu besar?
Apa masalah itu menyeksa jiwanya?
Kita mungkin kebal sayang.
Kebal dgn segala penghinaan.
Penghinaan org di sekeliling kita.

Tapi..
Apa dia mampu menghadapinya?
Apa yg perlu dia jawab nanti?
Saat kawan2nya berbual bertanya.
Menyoal selidik tentang kita.
Apa dia akan menyalahi kita?

Sayang..
Ku tahu tentang hari itu.
Hari yg pasti akan tiba.
Aku mahu kau tabah sayang.
Tabah bersama2 aku.
Bersama2 dgn anak kita.
Memberi dia kekuatan.
Menghadapi cabaran dari mereka.
Mereka yg bergelar masyarakat.

Anakku..
Papa dan mama tahu.
Tahu akan ketakutanmu.
Tahu akan kekusutanmu.
Tahu akan kekeliruanmu.
Mungkin juga kemarahanmu.

Anakku..
Papa dan mama janji.
Janji akan bersama2 kamu.
Sentiasa ada dgn kamu.
Memberi kamu segala yg terbaik.

Anakku..
Papa dan mama janji.
Kami janji akan menjelaskan.
Menerangkan segala tentang kami.
Bila tiba masa dan saatnya nanti.

Tika itu..
Kamu berhak memilih.
Memilih kami ataupun mereka.
Kami yg membelai kamu.
Dgn penuh kasih sayang.
Atau mereka sang masyarakat.
Yg sentiasa mencemuh tanpa henti.

Anakku..
Papa dan mama akan menerima.
Menerima segala2nya yg terjadi.
Apapun,kamu tetap kami sayang.
Kamu tetap permata hati kami.
Walaupun kamu enggan memilih kami.

Anakku..
Apapun yg terjadi nanti.
Papa dan mama akan selalu ada.
Selalu ada utk mendoakan kamu.
Agar kamu cemerlang.
Agar kamu bahagia.
Di dunia juga di akhirat.

Anakku..
Papa dan mama takkan berhenti.
Kami akan selalu menunggu.
Menunggu kamu menerima kami.
Dgn kerelaan hati kamu sendiri.

Sunday 17 February 2013

Adat Kalah Menang

Diam.
Tak bererti aku yg salah.
Tak bererti kau yg betul.
Tak bereti akulah yg kalah.
Tak bererti kaulah juara.

Aku diam.
Kerana dalamnya kasihku.
Kerana tulusnya sayangku.
Kerana ikhlasnya cintaku.

Maka dengan itu,
Akan aku selalu mengalah.
Membiarkan segala kemenangan.
Berpihak kepadamu.
Biar nampak seperti aku yg kalah.
Asalkan ku masih memenangi hatimu.