Tuesday 4 June 2013

I Just Wanna Feel This Moment !

Berat..
Memikirkan segalanya.
Yang telah berlaku.
Yang sedang terjadi.
Yang bakal berlaku.
Yang mungkin terjadi lagi.

Serabut..
Terdesak..
Keliru..
Sakit..

Apa yang telah difikir?
Apa yang sedang terfikir?
Apa yang akan difikir?

Yang pasti..
I Just Wanna Feel This Moment!

Monday 25 February 2013

Papa + Mama = Anakku :)

Sayang..
Aku tahu kau mahukan anak.
Aku juga mahukan dia.
Malah,jika boleh,aku mahu.
Aku mahu zuriat ku sendiri.
Yg dikandungkan di dalam rahimmu.

Ya,sayang..
Kita akan mengambilnya.
Mengambilnya menjadi anak kita.
Dia akan panggil kau mama.
Dia akan panggil ku papa.
Biar lengkap keluarga ini.
Biar aku dgn tanggungjawab papa.
Biar kau dgn tanggungjawab mama.

Tapi..
Apa mungkin ada masalah nanti?
Apa mungkin masalah itu besar?
Apa masalah itu menyeksa jiwanya?
Kita mungkin kebal sayang.
Kebal dgn segala penghinaan.
Penghinaan org di sekeliling kita.

Tapi..
Apa dia mampu menghadapinya?
Apa yg perlu dia jawab nanti?
Saat kawan2nya berbual bertanya.
Menyoal selidik tentang kita.
Apa dia akan menyalahi kita?

Sayang..
Ku tahu tentang hari itu.
Hari yg pasti akan tiba.
Aku mahu kau tabah sayang.
Tabah bersama2 aku.
Bersama2 dgn anak kita.
Memberi dia kekuatan.
Menghadapi cabaran dari mereka.
Mereka yg bergelar masyarakat.

Anakku..
Papa dan mama tahu.
Tahu akan ketakutanmu.
Tahu akan kekusutanmu.
Tahu akan kekeliruanmu.
Mungkin juga kemarahanmu.

Anakku..
Papa dan mama janji.
Janji akan bersama2 kamu.
Sentiasa ada dgn kamu.
Memberi kamu segala yg terbaik.

Anakku..
Papa dan mama janji.
Kami janji akan menjelaskan.
Menerangkan segala tentang kami.
Bila tiba masa dan saatnya nanti.

Tika itu..
Kamu berhak memilih.
Memilih kami ataupun mereka.
Kami yg membelai kamu.
Dgn penuh kasih sayang.
Atau mereka sang masyarakat.
Yg sentiasa mencemuh tanpa henti.

Anakku..
Papa dan mama akan menerima.
Menerima segala2nya yg terjadi.
Apapun,kamu tetap kami sayang.
Kamu tetap permata hati kami.
Walaupun kamu enggan memilih kami.

Anakku..
Apapun yg terjadi nanti.
Papa dan mama akan selalu ada.
Selalu ada utk mendoakan kamu.
Agar kamu cemerlang.
Agar kamu bahagia.
Di dunia juga di akhirat.

Anakku..
Papa dan mama takkan berhenti.
Kami akan selalu menunggu.
Menunggu kamu menerima kami.
Dgn kerelaan hati kamu sendiri.

Sunday 17 February 2013

Adat Kalah Menang

Diam.
Tak bererti aku yg salah.
Tak bererti kau yg betul.
Tak bereti akulah yg kalah.
Tak bererti kaulah juara.

Aku diam.
Kerana dalamnya kasihku.
Kerana tulusnya sayangku.
Kerana ikhlasnya cintaku.

Maka dengan itu,
Akan aku selalu mengalah.
Membiarkan segala kemenangan.
Berpihak kepadamu.
Biar nampak seperti aku yg kalah.
Asalkan ku masih memenangi hatimu.

Wednesday 16 January 2013

CeRPenK : Episode 2

si C : sayang,siapa A,B,C tu?
si A : sayang dah baca blog ya.
si C : amboi,lebihkan your ex.
si A : sayang,mana ada,itu cerita.
       just follow the flow.
       cerita sayang pun ada.
       lagi banyak tau.
si C : sorry la ganggu,
       kenangan indah la katakan.
si A : mana ada,
       dgn sayang lagi indah tau.

perbualan seterusnya,
tidak dapat disiarkan.
takut menganggu sensitivity si C.

maaf ya kawan2,
cerita ini tak dapat diteruskan,
memandangkan si C sudah mengamuk2.

Tuesday 15 January 2013

CeRPenK : Episode 1

kali ni aku nak kongsi cerita.
cerita pasal si A dan dia dan dia.
biarlah aku labelkan 2 org dia ni.
seorang si B,seorang lagi si C.

si A kenal si B ni masa kat U.
mula2 si A tak kenal sangat si B.
si B ni kawan kepada roomate si A.
roomate si A ni jenis yang senyap.

tapi suka bawa kawan2nya ke bilik.
tiap kali si A ni balik bilik,
mesti penuh dengan kawan2 dia.
si A ni jenis tak kisah.
lagi ramai lagi meriah katanya.
roomate si A ni tak byk cakap.
dengan orang lain dia ok je.
cuma dgn si A je dia tak cakap.
masing2 suka bawa hal sendiri.
roomate dia 'orang macam kita'.
tapi tak ramah dgn org 'sejenis'.
pelik,tapi memang benar.biarlah.
berbalik pada kisah kawan2 tadi.
kawan2 roomate si A ni ramah.
roomate si A tak layan pun si A,
tapi diorang sembang je dgn si A.
si A pun selesa je dengan diorang.
sebab diorang ni kira sekepala la.
kira boleh geng la katakan.
layan punya layan,
sembang punya sembang,
borak punya borak,
gelak punya gelak,
tiap2 hari diorang lekat dgn si A.
roomate si A dah jarang2 di bilik.
tak tahu apa sebab musababnya.
biarlah,janji dia selesa.
dalam ramai2 kawan2 si A ni,
terselitlah seorang si B.
si B ni paling ramah.
si A paling selesa dengan si B.
si B pun rasa selesa dengan si A.
si B ni slumber and easy going.
makin lama si A dengan si B,
makinlah rapatnya luar biasa.
lebih rapat dari kawan2 yg lain.
life diorang ni sgt happenning.
si A suka sgt menyakat si B.
si B pula resah bila si A hilang.

satu malam tu,
si B sembang dgn si A.

si B : sedih la nanti,
       dah nak abis belajar.
si A : kenapa nak sedih.
       cuti kan lagi best.
si B : sedih la nanti berpisah,
       dgn semua kawan2.
si A : oo..yela,
       semua kan dah rapat.
si B : tapi aku lagi sedih,
       bila berpisah dgn kau.
si A : la kenapa pula?
       nanti2 kita buat reunion.

dalam hati si A,
si A pun sedih,
sebab berjarak dgn si B.

si B : kau kawan baik aku.
       aku tak pernah percaya org.
       tapi bila dgn kau,
       rasa selesa nak percaya.
si A : aku pun sama.
       tak pernah ada kawan baik.
       tak percaya istilah tu.
       tapi bila kawan dgn kau ni,
       lain pula.

malam tu,
si A dan si B sembang panjang.
hanya mereka berdua je.
kawan2 yang lain,
semua sibuk entah ke mana.
mungkin keluar makan.
mungkin keluar study.
roomate si A pun tak balik.
si A selesa.
si B pun lagi selesa.
si B tidur di bilik si A.
mereka masih terus bersembang,
walaupun masa tu dah nak tidur.

si B : kau rasa kita ni,
       betul2 kawan baik ke?
si A : kenapa cakap macam tu?
si B : buktinya?
si A : kita kan rapat selama ni.
       lagipun aku anggap kau,
       macam adik beradik.
si B : aku nak tanya,
       tapi jgn marah tau.
si A : tanya la.
si B : kau dengan adik kau,
       ada peluk2 tak?
si A : ada.
       kitorang kan adik beradik.
       bila nak pergi mana2,
       yang jauh sikit,
       kitorang salam la peluk2.
si B : kiss pipi?
si A : ada.kenapa kau tanya?
si B : kalau kita ni kawan baik,
       dan kau anggap aku,
       macam adik beradik,
       aku boleh la peluk,
       dan kiss pipi kau kan?

si B senyum pada si A.
si A terkebil2.
tak sangka soalan dari si B.
si A memikirkan jawapan.
takut jawapannya mengguris hati,
atau disalah erti oleh si B.
tapi dalam hati si A,
terdetik sedikit rasa keterujaan.
hairan dengan sikap,
dan pertanyaan2 si B malam tu.

si A : boleh.apa salahnya.
       peluk and kiss mcm mana?
si B : macam ni.

si B merangkul pinggang si A.
memeluk dan mencium pipi si A.
berderau darah si A.
terkaku dengan perbuatan si B.
sejuk kaki dan tangan si A.
cuba berdiam diri.
takut ada,terkejut ada,
seram ada,suka sikit pun ada.
kemudian si B..

bersambung..